Wednesday, October 23, 2013

Kuliah 2 - Dato' Tn Ibrahim bin Tn Man

1.      Allah telah mengutuskan nabi untuk ditiru oleh manusia dari kalangan manusia itu sendiri.

2.      Binatang disembelih adalah untuk mengeluarkan darah dari badannya.

3.      Sikap nabi terhadap orang mukmin, orang islam dan orang kafir adalah berlainan.

4.      Orang yang tidak mahu mendengar dan berfikir ayat-ayat Allah akan dihumban ke dalam neraka.

5.      Allah akan mengira orang yang paling baik amalannya dan bukannya yang paling banyak amalannya.

6.      Nabi bersabda, " Allah akan permudahkan kepada manusia dengan apa yang telah ditakdirkan kepadanya".

7.       Sebelum zaman Nabi Muhammad, setiap 1,000 orang islam, hanya seorang yang akan masuk syurga.

8.       Orang tak buat dosa adalah disebabkan:

          a.         Takut kepada Allah.
          b.         Takut kepada azab Allah.
          c.         Takut kepada undang-undang.
          d.         Tidak ada peluang.
          e.         Tidak ada kesempatan.

9.       Hukum fekah, orang yang bunuh diri, dia tidak akan dapat mencium bau syurga dan tidak boleh dikebumikan bersama orang-orang islam yang lain.

No comments:

Post a Comment